Papar Peta

Gunung Ledang

Diselubungi lagenda mistik dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus mempesona dan menimbulkan rasa ingin tahu penduduk tempatan dan pelancong. Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka mahu mengahwini Puteri itu tetapi dia tidak mahu berkahwin dengan Sultan lalu meminta Sultan mempersembahkan tujuh balang air mata wanita, tujuh dulang hati nyamuk serta tujuh mangkuk darah anak Sultan. Sultan tidak dapat memenuhi permintaan mustahil ini, lalu Puteri itu melarikan diri ke gunung serta terus hidup di dalam gua yang tersembunyi, hingga ke hari ini.

Gunung ini sangat ideal untuk pelbagai aktiviti luar dengan denai gunung yang mencabar, air terjun yang dingin, serta flora dan fauna eksotik termasuk berbagai-bagai spesis burung. Melalui puncak yang agak rata, 1.276m di atas paras laut, pemandangan panorama Selat Melaka dan juga pesisiran pantai Sumatra dapat dilihat pada hari yang cerah. Air Terjun Sagil di kaki gunung juga merupakan tempat perkelahan yang popular.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta atau Teksi
Dari Lebuh Raya Utara-Selatan, susur keluar adalah 25km selepas Ayer Keroh. Tuju ke arah Tangkak. Teruskan perjalanan sepanjang Laluan 23 sejauh 6km melintasi bandar Sagil, sebelum membelok ke kiri menuju jalan dalam ladang getah sejauh 1km lagi. Dari sini, laluan ke kaki Gunung Ledang atau Mount Ophir dapat dilihat.


Menaiki Bas
Perkhidmatan bas disediakan untuk ke Gunung Ledang dari Tangkak, sejauh kira-kira 16 kilometer. Teksi juga boleh disewa dari Tangkak.br>

Sila Hubungi

Pusat Maklumat Pelancongan Johor (JOTIC)

Telefon: +607-224 2000

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.