Desaru

Desaru terletak 100 kilometer dari Johor Bahru, dan merupakan destinasi yang sangat popular dengan pantai yang bersih, padang golf yang hebat dan daya tarikan yang unik.

Walaupun ia lebih dikenali sebagai kawasan pantai dan tempat peranginan, nama lainnya adalah 'Tanah Casuarina', sebagaimana pokok-pokok ru yang kelihatan di sepanjang pantai.

Keindahan hutan semula jadi, ditambah dengan pemandangan Laut China Selatan, sudah tentu menjadikannya sebuah destinasi yang menarik serta menawan hati pelancong dari dekat dan jauh.

Antara tarikan di Desaru termasuk Pantai Desaru, Muzium Perkampungan Nelayan di Tanjung Balau, Ladang Buah-buahan Desaru dan peluang untuk melihat kunang-kunang di Sungai Lebam.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari Johor Bahru, ambil jalan utama Johor Bharu-Kota Tinggi (45km). Dari bandar Mersing, ikut jalan Mersing-Kota Tinggi. Dari Lebuh Raya Utara-Selatan, keluar di pertukaran Pasir Gudang (Susur Keluar 256). 57km perjalanan daripada Kota Tinggi.

Sila Hubungi

Pelancongan Malaysia Johor

Alamat:
L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor, Malaysia

Telefon: +607-222 3590/ 3591
Faks: +607-223 5502
E-mel: mtpbjhb@tourism.gov.my
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.