<

Lawatan Rumah Panjang

Percutian di Sarawak tidak lengkap tanpa lawatan ke rumah panjang yang merupakan tempat tinggal tradisional bagi kebanyakan penduduk pribumi di sini seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Rumah panjang adalah rumah yang dibina sebaris bagi beberapa kediaman yang berasingan di bawah satu bumbung. Tuai rumah (ketua) adalah ketua bagi rumah panjang. Setiap keluarga mempunyai bilik berasingan (ruangan). Aktiviti kemasyarakatan dijalankan di atas ruai (beranda).Pelawat lelaki akan bermalam di beranda manakala pelawat perempuan akan dijemput untuk tinggal di dalam bilik.

Kebiasaannya komuniti rumah panjang memakai pakaian praktikal seperti seluar jean dan T-shirt. Mereka hanya memakai pakaian tradisional ketika perayaan seperti Gawai Dayak atau pesta menuai Iban dan juga ketika majlis perkahwinan. Kumpulan pelancong selalunya dialu-alukan dengan segelas tuak atau air tapai dan tarian selamat datang. Selepas itu, mereka akan melawat rumah panjang dan dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan. Anda juga akan dijemput untuk turut serta menari. Pelawat boleh bermalam di rumah panjang atau di rumah tetamu yang berdekatan.
Papar Peta