<

Pantai Batu Ferringhi

Batu Ferringhi yang terletak di sepanjang laluan tepi pantai barat laut Georgetown dengan deretan resort bertaraf antarabangsa merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang.

Berjemur di bawah matahari atau menikmati tiupan bayu sementara anda mencuba aktiviti seperti meluncur angin hingga berkayak. Untuk aktiviti lebih mencabar, apa kata anda cuba aktiviti "parasailing" sambil menikmati keindahan pemandangan pantai dari atas.

Apabila malam melabuhkan tirai, suasana malam di Batu Ferringhi menjadi meriah dengan bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan perhiasan hingga barangan cenderahati menarik.

Saksikan artisan tempatan mendemonstrasi pembuatan kraf yang rumit serta melukis batik. Dikenali dengan nama Feringghi Walk, bazar- bazar di sini menjual pelbagai barangan yang menarik untuk pengunjung.
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta