<

Cameron Highlands

Terdapat banyak yang ingin dilihat dan dilakukan di Cameron Highlands, pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Berjalan-jalan melalui kampung-kampung kecil yang indah, lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas serta menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor; banyak sekali aktiviti menarik di sini untuk anda dan sekeluarga.

Satu lagi aktiviti yang popular di Cameron Highlands, sebenarnya lebih kepada tradisi, ialah menikmati teh dan skon. Tradisi ala Inggeris ini mengingatkan kembali kepada zaman pegawai kolonial Inggeris menggunakan lokasi berbukit ini sebagai tempat persinggahan yang menyejukkan dari haba panas kawasan tanah rendah. Memerhati burung dan trekking juga merupakan antara aktiviti popular di sini.

Terletak 1,500 meter di atas paras laut, Cameron Highlands terdiri dari beberapa pekan kecil antaranya Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Apa yang lebih menarik, ianya mudah bagi anda yang ingin berkunjung ke sana. Cameron Highlands terletak kurang dari satu jam perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan yang utama, anda cuma perlu mengambil masa 3.5 jam memandu dari Kuala Lumpur.
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta