<

Homestay Kampung Pelegong

Ingin lari dari kesibukan kota? Hayati ketenangan alam semulajadi serta kehidupan sebuah kampung Melayu tradisional di bawah program Homestay Pelegong di Negeri Sembilan. Di sini, anda akan dapat menikmati layanan mesra keluarga angkat serta mengikut mereka dalam aktiviti seharian di kampunh.

Bangkitlah pada waktu subuh hari untuk menikmati keaslian kehidupan 'kampung'. Bunyi ayam jantan berkokok mengejutkan anda di waktu pagi; hirup udara segar dan ikuti aktiviti mengumpul telur ayam dari reban atau belajar menoreh pokok getah, berendam dalam air sungai berdekatan serta nikmati kesejukannya yang menusuk hingga ke tulang, sebelum cuba menangkap ikan dengan menggunakan tangan sendiri atau memasak kuih-muih lazat orang Melayu.

Anda juga dapat mengetahui asal-usul kampung serta kekayaan sejarahnya. Hargai industri-industri kecil yang terdapat dengan banyak serta kehalusan seni barangan yang dihasilkan. Kagumi ketangkasan jari jemari Pak Adol seorang penenun rotan, serta lelaki dan wanita kreatif yang mahir menghasilkan kraftangan yang yang berkualiti.

Jika anda gemarkan aktiviti luar, anda pasti akan seronok berjalan mengikuti trek ke hutan hujan tebal dan berpeluang menikmati air terjun dan sungai yang jernih. Kemudian, sekembalinya dari kembara di hutan, pasti anda akan merasa lega dengan urutan tradisional tangan-tangan yang pakar dalam urutan, lelaki mahupun wanita untuk menghilangkan penat lelah anda seharian.
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta