<

Berkunjung ke Malaysia

Gambaran Keseluruhan


Terletak di tengah Asia Tenggara, Malaysia amat mudah dilawati dari seluruh dunia melalui jalan udara, darat dan laut.

Lebih daripada 45 penerbangan antarabangsa ke negara ini sementara syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines, mempunyai rangkaian global yang menjangkau enam benua dan rangkaian nasional yang menjangkaui 36 destinasi tempatan.

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah Malaysia juga menyediakan perjalanan tempatan dan antarabangsa ke destinasi tertentu.

Melalui Udara


Kebanyakan pelawat tiba melalui udara di salah satu daripada enam lapangan terbang antarabangsa di Malaysia. Pintu masuk utama adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor. Yang selebihnya, termasuk Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia Timur, diuruskan dengan baik oleh 14 lapangan terbang dan landasan terbang tempatan.

Dari KLIA, Kuala Lumpur adalah perjalanan selama 28-minit menggunakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi, KLIA Ekspres. Perkhidmatan kereta sewa, bas, koc, teksi, limosin dan keretapi ke Kuala Lumpur dan bandar berdekatan turut tersedia secara meluas di lapangan terbang.

Melalui Laut


Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur mudah dimasuki melalui pelabuhan laut. Terletak di pinggir ibu negara Kuala lumpur (KL), Pelabuhan Klang adalah pelabuhan laut paling besar dan moden di Malaysia. Dengan kemudahan pelabuhan yang baik, ia turut memuatkan terminal perkapalan dan kargo utama. Pelabuhan utama laut lain terletak di Pulau Pinang dan Langkawi, di utara Semenanjung; di Johor di selatan; dan Kuantan di Pantai Timur; dan Kota Kinabalu di Sabah.

Westport di Pulau Indah

Selain perkhidmatan yang disediakan oleh Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang kini diuruskan oleh bandar pelabuhan antarabangsa baru - Westport di Pulau Indah. Zon perdagangan bebas, Pulau Indah kini dibangunkan sebagai hub industri, komersial, tempat tinggal, rekreasi dan pelancongan dengan marina dan resort.

Menjangkaui 11km, dengan kedalaman semulajadi 14-18 meter, Westport direka untuk menjadi pelabuhan kawasan berteknologi tinggi. Ia mempunyai terminal kontena, kawasan gudang besar dan pusat komersial. Terminal Star Cruise - terminal kapal pelayaran paling besar di kawasan Asia-Pasifik - juga bertempat di sini. Star Cruise adalah kapal pelayaran antarabangsa terbesar yang berlabuh di Pulau Pinang, Lembah Kelang, Melaka dan Langkawi.

FerryLink menyediakan khidmat feri kenderaan dari Changi Point di Singapura ke Tajung Belungkor di pesisir selatan Semenanjung. Tanjung Belungkor adalah pintu masuk ke resort terkenal dan popular iaitu Desaru. Ada empat perjalanan harian pada hari minggu dan lapan perjalanan harian di hujung minggu. Untuk tempahan, hubungi +652-545 3600 (Changi Point) atau +607-252 7408 (Bandar Penawar, Johor).

Melalui Jalan Raya dan Kereta Api


Terletak 48km utara dari Alor Star di negeri Kedah, Bukit Kayu Hitam adalah pintu masuk utama ke Malaysia untuk pelawat dari Thailand. Lebuhraya Utara Selatan menyambungkan Bukit Kayu Hitam ke Kuala Lumpur - 490km jauhnya. Berdekatan pos imigresen dan kastam Malaysia terletak restoran, kedai, tempat letak kereta dan kompleks beli- belah bebas cukai.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web www.ktmb.com.my.

Terletak di jalan keretapi utama dengan perkhidmatan keretapi harian dari Bangkok, Padang Besar - di negeri paling utara iaitu Perlis - merupakan satu lagi pintu masuk utama. Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau Keretapi Malaya menyediakan ekspres antarabangsa dari Butterworth ke Haadyai di Thailand, dan perkhidmatan biasa dari Padang Besar ke Singapura melalui Kuala Lumpur.

Keretapi mewah, Eastern and Oriental Express, juga melakukan perjalanan dari Bangkok ke Singapore melalui Kuala Lumpur. Destinasi merentasi Semenanjung Malaysia yang melebihi 2 000 km serta memakan masa dua hari ini, turut berhenti di beberapa lokasi menarik sepanjang perjalanan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, laman web www.orient-express.com.

Untuk pelancong yang masuk melalui Singapura, Johor Bahru adalah pintu masuk utama di Selatan. Lebuhraya Utara Selatan menyambungkan Johor Bharu dengan Kuala Lumpur - 220 km ke utara. Laluan keretapi dan jalanraya menyambungkan Johor Bharu ke Singapura. Tempat pemeriksaan imigresen dan kastam berada di pintu masuk Tambak Johor. Jejantas kedua menyambungkan Tanjung Kupang - 30km barat daya Johor Bharu - ke Tuas di Singapura.