<

Pakaian Tradisional

Anyaman Tradisi Asia yang Memikat


Daripada topi berbulu kaum asli dengan pakaian kulit kayu kepada fabrik songket beranyam emas, kepelbagaian kostum tradisional Malaysia dan tekstil yang pelbagai serta berwarna-warni.

Pada suatu masa dahulu, puak asli memakai kostum kulit kayu dan manik corak alami. Dengan kewujudan kerajaan purba, tekstil dianyam tangan yang halus dan batik Melayu yang teliti telah dipakai bangsawan Melayu. Apabila kegiatan perdagangan asing berkembang, kostum dan tekstil seperti sutera Cina, pelikat India atau sarong berpetak-petak dan jubah Arab dengan lengan yang luas, diperkenalkan ke negara kita.

Sekarang pemakaian tradisional dengan kebaya baju Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih lagi dipakai meluas.

Melayu

Sebelum abad ke-20, wanita Melayu masih lagi berkemban, hanya sarong diikat di dada, dipakai ke tempat awam. Apabila Islam menjadi lebih meluas, mereka mula memakai baju kurung yang sopan tetapi elegan. Baju kurung adalah blaus longgar selabuh lutut yang biasanya dipakai di luar skirt panjang dengan lipatan di tepi. Ia juga boleh dipasang dengan fabrik tradisional seperti songket dan batik. Biasanya, pakaian tradisional dilengkapkan dengan selendang atau tudung serta skaf.

Pakaian tradisi lelaki Melayu ialah baju melayu. Baju melayu berbentuk kemeja dikenakan dengan seluar. Ia biasanya disertakan dengan sampin - sarong pendek dililit di pinggang.

Cina

Selesa dan elegan, cheongsam tradisional atau 'baju panjang' juga adalah fesyen pilihan kontemporari popular bagi wanita. Biasanya ia mempunyai kolar tinggi, butang ataupun butang katup berdekatan bahu, ketat di bahagian pinggang, dan belahan di satu atau dua sisinya. Ia biasanya dibuat daripada sutera berkilau, satin bersulam atau fabrik mewah yang lain.

India

Sari adalah pakaian India tradisional yang terkenal di seluruh dunia. Sehelai kain biasanya 5-6 ela lebarnya, sari ini dipakai dengan anak baju dengan warna serupa atau blaus yang bertentangan warnanya. Biasanya, ia dibalut pada badan dengan pallau - bahagian yang paling banyak bercorak - diletakkan pada bahu kiri. Anak baju dipakai hanya di atas atau bawah perut dan berfungsi sebagai pakaian sokongan untuk memegang sari. Dibuat daripada pelbagai bahan, tekstur dan rekaan, sari adalah sangat istimewa.

Popular bagi wanita India utara adalah salwar kameez atau baju Punjabi; iaitu baju panjang dipakai bersama seluar dengan selendang sepadan.

Kurta adalah pakaian tradisional masyarakat India untuk lelaki pada majlis formal. Ia adalah baju panjang paras lutut yang biasanya dibuat daripada kain kapas atau linen.

Baba Nyonya

Pendatang dari China yang berkahwin dengan orang Melayu menggunakan pakaian kebaya elegan, dan boleh kita kenalpasti sebagai ' haute couture' tradisional.

Buatan tangan dengan skil hebat menggunakan fabrik nipis, sulaman halus yang setara dengan sulaman renda Venetia. Pièce de résistance bagi ini adalah teknik jahitan yang dipanggil tebuk lubang - bermaksud melubangkan kain. Ini melibatkan menjahit garisan luar motif bunga pada fabrik dan memotong keluar bahagian dalamnya. Apabila dilakukan dengan betul, hasilnya adalah sulaman halus seperti renda pada kolar, dada, lengan, sisi, dan dua panel segi tiga di hadapan, yang berada di bahagian pinggang, disebut sebagai lapik.

Portugis-Eurasia

Keturunan peneroka dari Portugis pada abad ke-16, pakaian Portugis-Eurasia Melaka mencerminkan warisan mereka. Dengan bertemakan warna hitam dan merah, lelaki memakai jaket dan seluar dengan tali pinggang lebar manakala wanita memakai skirt kembang beropol hadapan.

Sarawak

Dengan kepelbagaian kumpulan etniknya, negeri terbesar Malaysia, Sarawak mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional suku kaum. Menggunakan pelbagai rekaan dan motif asli, bahan biasa bagi puak hulu sungai atau Orang Ulu adalah kain anyam sendiri, fabrik kulit kayu, bulu dan manik. Sarawak dikenali dengan pua kumbu beranyam daripada puak Iban, songket daripada Melayu Sarawak, aksesori manik berwarna-warni, barang kemas tradisional dan hiasan kepala.

Sabah

Seperti Sarawak, Sabah juga dianugerahkan pelbagai kumpulan etnik. Setiap kumpulan memakai pakaian, hiasan kepala dan hiasan diri dengan bentuk, motif, dan skema warna tertentu berdasarkan puak dan kawasan asalnya. Namun begitu, kumpulan dengan perbezaan budaya tetapi tinggal berdekatan mungkin mempunyai persamaan dalam pakaian tradisional. Topi dan hiasan kepala yang terkenal termasuk topi anyaman wanita Kadazan Dusun, dastar anyaman Bajau dan hiasan kepala lelaki Lotud, yang menunjukkan bilangan isterinya dengan bilangan bucu lipatan.

Orang Asli

Orang Asli Semenanjung Malaysia yang secara tradisinya tinggal di dalam hutan, dahulunya pernah memakai pakaian daripada bahan semula jadi seperti kulit kayu terap, dan skirt rumput. Hiasan termasuk hiasan kepala yang dianyam kemas dengan corak halus dibuat daripada jaluran daun.