Papar Peta
Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.

Ia juga merupakan empangan elektrik-hidro yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan itu dibanjirkan, kebanyakan bukit berada di atas paras air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia.

Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan.

Ini termasuk termasuk paku-pakis, orkid eksotik, burung kenyalang, gajah, dan harimau kumbang. Ia turut menjadi rumah kepada lebih dari 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis tumbuhan dan pokok,800 spesis orkid dan 300 spesis kulat.

Ia adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi oleh hutan hujan tropika tebal.

Ia turut menjadi syurga bagi pengail kerana tasik ini dihuni oleh ratusan spesis ikan air tawar seperti ikan Baung, Toman, Kelisa, Lampam dan Kelah.

Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, pemanduan 4WD dan golf.

Pelbagai jenis penginapan tersedia dari resort 3 bintang, chalet di atas pulau, resort terapung atau bot rumah di mana bilik dan makanan disediakan.

Bot rumah yang menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun dan kawasan memancing memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.

Tasik Kenyir turut menjadi laluan masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong.

Panduan Perjalanan

Menaiki kereta
Ada beberapa laluan alternatif untuk ke Tasik Kenyir. Jika anda menaiki kereta dari Kuala Lumpur, pandu ke Ajil melalui Lebuhraya Karak ke Lebuhraya Jerengau-Jabor kemudian terus ke Kenyir. Satu lagi laluan alternatif yang boleh digunakan untuk ke jalan raya tepi pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan kemudian ke Tasik Kenyir.


Laluan udara
Anda boleh terbang dengan Penerbangan Malaysia atau Air Asia. Mereka menyediakan penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menaiki teksi terus ke Tasik Kenyir.


Menaiki bot
Ada beberapa pengusaha bot di Jeti Gawi, yang boleh membawa anda menyusuri Tasik Kenyir menggunakan bot rumah kaca bertingkat. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan. Sesetengah agensi pelancongan menawarkan pakej lawatan.

Sila Hubungi

Pusat Maklumat Pelancong, Pengkalan Gawi

Telefon: +609-626 7788/ 666 8498

Ketengah

Telefon: +609-822 3100 ext 103

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.