Papar Peta
Hanya beberapa minit dari Taman Tema Sunway Lagoon ialah Sunway Pyramid, pengalaman membeli-belah yang unik untuk pengunjung. Bermotifkan Mesir, pusat membeli-belah ini berada di dalam sebuah piramid yang besar, dengan monumen sfinks mengalu-alukan pengunjung di pintu masuknya.

Pusat membeli-belah bertemakan hiburan pertama di Malaysia, Sunway Pyramid merupakan tempat paling komprehensif di Malaysia bagi terapi membeli-belah. Asian Avenue di tingkat satu membolehkan pengunjung merasai fenomena fesyen terkini Asia. Digital Centre pula membolehkan anda menemui barangan digital terkini, sementara restoran dan cawangan makanan segera yang banyak memastikan anda dapat menambah tenaga untuk membeli-belah.

Untuk berehat, pengunjung boleh menonton filem di panggung wayang TGV, bermain boling di Sunway Mega Lanes, mencuba memanah di bawah bumbung atau memakai sepasang kasut luncur untuk bermain luncur ais di gelanggang dalaman pertama di Malaysia.

Panduan Perjalanan

Kereta
Sunway Pyramid terletak di bandar Sunway di Petaling Jaya. Anda boleh pergi ke sana melalui jaringan lebuh raya (Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Ekspres Damansara-Puchong, Lebuh Ekspres Pantai Baru, dan Lebuh Ekspres KESAS) dan hanyalah 15 minit memandu dari Kuala Lumpur. Terdapat banyak tempat meletak kenderaan yang luas.


Menaiki Bas
Jika ada datang dari Kuala Lumpur (KL Sentral/Pasar Seni), naik bas Rapid KL U63 atau U67 dan berhenti di Sunway Pyramid. Terdapat banyak bas awam dari arah berlainan - tanyakan butiran dari hotel anda.


Bas Ulang-alik Percuma
Perkhidmatan bas ulang-alik percuma di sekitar Bandar Sunway beroperasi setiap 25 minit (tertakluk kepada keadaan trafik) diantara 7 pagi - 9.30 malam. Pada hari minggu dan cuti umum, ia beroperasi dari 9 pagi - 9.30 malam. Kawasan untuk menaiki bas termasuk Hotel Sunway Pyramid, Sunway Resort Hotel & Spa, Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid, pintu masuk Sunway Lagoon dan Pusat Perubatan Sunway.


Menaiki Kereta Api
Naik komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan berhenti di stesen Subang Jaya. Dari sana, naik teksi untuk ke Sunway Lagoon yang mengambil masa kira-kira 15 minit.


Transit Aliran Ringan (LRT)
Naik kereta api Laluan Kelana Jaya dan berhenti di stesen Kelana Jaya. Dari sana, naik bas pengantara untuk ke perhentian Sunway Pyramid.

Sila Hubungi

Kaunter Bahagian Pekerja Rencam Sunway Pyramid

Telefon: +603-7494 3100
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.