Papar Peta

KidZania

Pertama kali diasaskan di Mexico City pada 1999, taman tema ini turut dibina di lapan bandaraya serata dunia termasuk Monterrey, Tokyo, Dubai dan Seoul.

Malaysia adalah rumah terbarunya; suatu tempat di mana kanak-kanak diberi peluang menjadi orang dewasa dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti yang disediakan khusus untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 14 tahun.

Terdapat 60 ‘syarikat’ di KidZania yang menawarkan peluang kepada kanak-kanak untuk ‘bekerja’ seperti ibu bapa mereka, samada sebagai seorang juruterbang, tukang masak, peguam mahupun doktor gigi.

Terdapat suatu ruangan khas untuk bayi juga, yang dikenali sebagai ‘Rumah Urbano’. Di sini, kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan ke bawah berpeluang mendengarkan kisah penceritaan (Story-telling), memasak makanan kegemaran mereka, mewarna, dan banyak lagi.

Jangan lupa berkunjung ke KidZania, bandar yang dibina khusus untuk kanak-kanak!

Panduan Perjalanan

Melalui Teksi
KidZania terletak di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara. Anda boleh menggunakan teksi ke destinasi tersebut yang terletak di pesisiran bandaraya Kuala Lumpur di Petaling Jaya.

Melalui Bas
Terdapat bas RapidKL yang boleh diambil dari KL Sentral ke pusat beli-belah The Curve (yang terletak berdekatan dengan Mall 1Utama). Anda juga boleh menggunakan train ke stesen LRT Kelana Jaya. Dari stesen LRT anda boleh menggunakan bas atau teksi untuk ke The Curve.

Sila Hubungi

KidZania

Alamat:
Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47810, Malaysia

Talian Khidmat : 1 300 88 KIDZ (5439) – 9am to 8pm (Isnin - Ahad)

Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.