Papar Peta
i-City yang terletak di Shah Alam, Selangor dikenali sebagai bandar lampu digital. Ia diiktiraf sebagai destinasi pelancongan 'lightscape' pertama di Malaysia dengan mempamerkan teknologi LED terkini yang canggih.

Bandar digital yang merangkumi jalan-jalan membeli-belah yang bergaya dan dilengkapi dengan taman tema untuk melayani pengunjung yang mencari tempat untuk bersantai.

Bandar cahaya ini menempatkan infrastruktur berteknologi tinggi yang membolehkan paparan unik lampu digital. Tempat tarikan tersebut terletak di CityPark dan CityWalk.

Anda boleh berehat di taman, melihat arca indah dan merasai pengalaman dunia baru dengan pameran lampu yang mempesonakan. Ia sesuai untuk seisi keluarga.

Bawalah kamera untuk mengambil foto paparan cahaya yang indah dan megah. Ia benar-benar magik!

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari PJ / KL, gunakan Lebuh Raya Persekutuan menghala ke arah Shah Alam. Keluar di Stesen Tol Batu Tiga, cari stesen minyak BP yang pertama anda lihat. Kemudian belok kiri di UiTM / papan tanda i-City. Seterusnya pandu sehingga anda tiba di lampu isyarat dan belok kanan. Pandu di sebelah kiri jalan sehingga anda melihat stesen Shell gas dan KFC sebelum lampu isyarat. UiTM akan di sebelah kanan anda. Belok kiri sebelum lampu isyarat, kemudian terus sehingga anda sampai ke satu simpang-T kemudian belok kiri. Apabila anda lihat bola krom belok kiri dan kiri lagi, dan anda akan sampai ke i-City.

Sila Hubungi

Info Pelancongan

Telefon: 1300 88 5050
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.