Papar Peta

Pasar Minggu Satok

Pasar Ahad yang beraneka warna di sepanjang Jalan Satok, bermula apabila para peniaga tempatan dari kawasan luar bandar Kuching membawa masuk barangan jualan mereka pada petang hari Sabtu.

Anda boleh melihat ulat gemuk menggeliat, sieet, atau tumbuhan paku-pakis liar "midin" dan hasil hutan lain dijual di pondok jualan sementara di tepi jalan, atau di atas guni kosong yang dihampar di atas tanah.

Pasar ini meriah dengan pelbagai warna; saksikan juga gelagat apabila penduduk tempatan berpusu-pusu membeli barangan mingguan mereka.

Peniaga menjual hasil kraftangan, pakaian, produk segar, makanan dan minuman dan pelbagai lagi produk. Ini merupakan peluang untuk mengambil gambar-gambar menarik.

Singgah ke pasar ini, dan bersedia untuk melihat wajah penuh dengan senyuman, keriuhan tawar-menawar dan wajah peramah penduduk Sarawak yang mesra dan memikat.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Pasar Minggu Jalan Satok terletak di persimpangan Jalan Satok dan Jalan Palm, bertentangan Pawagam Miramar.

Menaiki Bas
Bas 4a dan 4b dari stesen bas Syarikat Pengangkutan Matang di Jalan P. Ramlee atau dari pejabat pos untuk ke pasar. Ia mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bas.

Sila Hubungi

Pejabat Pelancongan Sarawark

Telefon: +6082-246 575 / 775
E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.