Papar Peta

Muzium Kucing

Muzium Kucing terletak di bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Ia dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat 2000 pameran, artifak, tugu mengenai kucing dari seluruh dunia. Menurut kepercayaan penduduk tempatan dan orang Cina, kucing adalah haiwan bertuah.

Muzium ini meliputi kawasan seluas 1,035.9 meter persegi di atas bukit yang dipanggil 'Bukit Siol' yang terletak 60 meter di atas paras laut dengan pemandangan bandaraya Kuching yang cantik.

Muzium Kucing bertanggungjawab menjalankan kajian, pengumpulan, pembentangan, dokumentasi, promosi, penerbitan, pendidikan dan kesedaran mengenai tinggalan bersejarah, budaya dan persekitaran semula jadi.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Anda boleh menggunakan laluan Jambatan Gantung Satok. Kemudian terus ke arah Pusat Perubatan Normah. Selepas membelok ke Jalan Semariang menuju ke DBKU.

Sila Hubungi

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Telefon: 6082-446688




Tourism Malaysia Sarawak Office

Telefon: +6082-246 575 / 775

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.