Papar Peta
Gua Kelam (Cave of Darkness) ialah satu daripada gua batu kapur yang tertua di Malaysia, sepanjang 370 meter berdekatan sebuah pekan kecil yang dipanggil Kaki Bukit. Ia terletak kira-kira 33km di utara Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan 'laluan di dalam gua' yang mempesonakan di mana anda boleh masuk dari satu hujung gua dan keluar melalui satu hujung di lokasi yang berlainan.

Satu-satunya laluan untuk ke gua ialah melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu selebar lapan kaki. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit ke Lembah Wan Tangga, sebuah lembah di hujung bertentangan Gua Kelam. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris mendapati laluan air yang terdapat di dalam gua boleh digunakan untuk memindahkan bijih besi dari lombong yang terletak berdekatan laluan masuk anak sungai melalui gua bawah tanah ke Kaki Bukit.

Kini, penduduk tempatan dan pelancong memasuki gua melalui laluan yang diperbuat daripada kayu. Laluan imi disinari cahaya lampu. dan di sepanjanh perjalanan, anda masih dapat menemui tapak aktiviti perpindahan bijih besi di dalam gua. Semasa anda berjalan di dalam gua, anda akan dapat mendengar bunyi anak sungai bawah tanah, bersama dengan bunyi kelawar dan titisan air daripada stalaktit, yang boleh dikatakan membentuk sebuah konsert semula jadi. Bunyinya agak menyeramkan, ditambah pula dengan misteri bahawa dahulunya gua ini pernah didiami oleh orang Zaman Batu.

Panduan Perjalanan

Menaiki Bas
Naik bas menuju ke Kaki Bukit di stesen bas utama Kangar. Kemudian, berjalan kaki selama 10 minit.

Laluan Darat
Dari Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), keluar melalui Changlun dan pergi ke lebuh raya Changlun-Kuala Perlis untuk ke Kangar. Dari Kangar, teruskan perjalanan menuju Padang Besar dan ikut papan tanda ke Kaki Bukit atau Wang Kelian.

Sila Hubungi

Perlis Forestry Office

Telefon: +604-938 4466


Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.