Muzium Kota Kayang

Menurut sejarah, tanah seluas 4.84 ekar di mana tempat berdirinya Muzium Negeri ini telah diberikan oleh Raja Syed Alwi kepada adik lelaki baginda, Syed Salim bin Syed Muhammad al-Jafri, yang merupakan ketua menteri kepada Raja.

Pada penghujung kurun ke-19, Syed Salim membina kediamannya dan menetap bersama keluarga baginda sehinggalah kediaman ini dijual kepada Kerajaan Negeri sejurus selepas menandatangani Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Selepas itu, bangunan ini menjadi kediaman rasmi Penasihat British untuk negeri Perlis. Penasihat British pertama, En. Meadow Frost dan pewarisnya menetap di kediaman ini sehingga Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Dari tahun 1941 hinggalah 1943, bangunan ini telah diambil alih oleh Pentadbiran Tentera Jepun, sementara dari tahun 1943 sehingga 1945, Kerajaan Tentera Thai mengambil alih bangunan ini.

Selepas Merdeka, bangunan ini menjadi kediaman rasmi Ketua Menteri Perlis. Ia terkenal sebagai Rumah Tetamu (Guest House) selepas ia dikosongkan oleh Ketua Menteri Dato' Jaafar Hassan pada awal tahun 1980- an. Pada tahun 1991, bangunan ini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Muzium Negeri yang sedia ada kini, yang mana seni binanya serupa dengan bangunan lama. Kompleks Warisan Negeri (State Heritage Complex) juga berada di dalam kawasan Muzium Negeri ini.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Dari bandar Kangar, ikut Jalan Kolam, pergi ke arah timur sehingga anda temui Jalan Tun Abdul Razak. Muzium ini terletak berdekatan persimpangan. Salah satu daripada mercu tanda utama berdekatan ialah Hospital Kangar.

Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut

Telefon : +604-977 0027

Tourism Malaysia Perlis Office

Telefon : +604-978 1235/ 1213

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.