Hutan Simpan Belum

Ke arah utara Tasik Temenggor, di utara Semenanjung Malaysia (negeri Perak), terdapat satu kawasan hutan yang luas yang belum terusik yang dikenali sebagai Hutan Simpan Belum. Kawasan ini merupakan salah satu rizab hutan terbesar yang belum pernah diterokai di Semenanjung Malaysia. Kehadiran spesies mamalia besar seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Belum sangat istimewa.

Hutan ini memiliki kekayaan flora dan fauna dengan kawasan luas yang masih belum diterokai.

Pelbagai pengusaha pelancongan kini menawarkan perkhidmatan lawatan berpandu ke kawasan-kawasan tertentu rizab dan akan menguruskan permit yang diperlukan, pengangkutan jalanraya dan sungai dan penginapan, termasuk perkhemahan.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Untuk ke sini dari Kuala Lumpur, ambil Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah utara menuju Ipoh. Selepas melintasi Ipoh, ambil jalan keluar ke Kuala Kangsar, dan teruskan perjalanan ke Gerik. Ambil laluan 4, iaitu Lebuh Raya Timur-Barat. Ini akan membawa anda ke Pulau Banding, titik permulaan pengembaraan anda. Perjalanan dari KL mengambil masa kira-kira 5 jam setengah. Urusan masuk ke Hutan Hujan Belum lebih perlulah diuruskan dengan pemilik resort di kawasan tersebut.

Sila Hubungi

Belum Rainforest Office

Telefon: +605-791 6800
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.