Papar Peta
Merupakan taman negara paling kecil di negara ini dengan keluasan seluas 2,562 hektar. Ia diwartakan pada tahun 2003 dan merupakan rumah bagi 46 spesis burung seperti burung raja udang, uwak-uwak dan bangau.

Sebuah ekspedisi pada tahun 2000 yang dikendalikan oleh Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia merekodkan terdapat sebanyak 417 spesis flora manakala 143 spesis fauna. Sebelum kawasan ini dijadikan taman negara, penduduk tempatan mengenalinya sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memancing, berenang dan berjalan kembara.

Pasir memutih Pantai Kerachut juga merupakan tempat bertelur bagi penyu hijau dari bulan April hingga Ogos, dan penyu karah pula dari bulan September hingga Februari. Tempat untuk penyu bertelur dibina di Pantai Kerachut pada tahun 1995 kini diselia oleh Jabatan Perikanan Negeri bersama-sama dengan Jabatan Hidupan Liar dan Taman-Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan. Gabungan kesemua ini juga dapat memastikan taman ini berada dalam keadaan bersih dan terpelihara.

Beberapa spesis kayu keras boleh ditemui di sini, terutamanya dari spesis shorea, seperti Meranti dan Merawan Baru. Malah, kawasan ini satu-satunya tempat di mana pokok Gelam diketahui masih tumbuh.

Kepelbagaian bio taman ini juga mengagumkan, dengan 1,000 spesis tumbuhan termasuk lima spesis berlainan pokok Bintangor.

Selain daripada itu, taman ini mempunyai enam jenis habitat berlainan yang merupakan satu-satunya di Malaysia, tasik meromiktik (tasik yang terhasil mengikut musim, di mana terdapat lapisan air berlainan), tanah paya, paya bakau, dataran lumpur, terumbu karang dan pantai tempat penyu bertelur. Juga terdapat pelbagai periuk kera, orkid liar, tumbuhan berubat dan banyak lagi.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta atau Bot
Terdapat dua pintu masuk ke taman ini, satu di Kuala Sungai Pinang dengan menaiki bot atau satu lagi di Teluk Bahang, yang mudah dituju dengan menaiki kereta. Tidak sampai 45 minit perjalanan menaiki kereta untuk ke Taman Negara Pulau Pinang dari ibu negeri, George Town. Perjalanan ke sini melewati persekitaran bandar dan kampung di sepanjang jalan pesisir pantai bandar Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Feringhi dan Teluk Bahang. Pintu masuk pertama ke taman ini berada di Teluk Bahang, atau anda boleh menaiki bot dari Kampung Kuala Sungai Pinang. Denai melalui taman dibuat dengan baik dengan papan tanda yang memudahkan.

Sila Hubungi

Department of Wildlife and National Parks Penang

Telefon: +604-881 3530/881 2016/261 3039

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.