Papar Peta

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis diberi nama sempena nama Gabenor- Jeneral Bengal dalam akhir kurun ke 1700, Charles Cornwallis. Ia menjadi salah satu mercu tanda bersejarah di Georgetown. Fort Cornwallis terletak berhampiran Esplanade, bersebelahan dengan Jam Memorial Victoria.

Dinding kubu setinggi lebih kurang 10 kaki ini dibina dalam bentuk bintang. Perjalanan mengelilingi kubu ini mengambil masa 10 minit. Di dalam kubu ini, anda boleh melihat tinggalan struktur lama yang dibina berkurun lalu seperti sebuah gereja kecil, penjara, kawasan penyimpanan senjata, lampu rumah api yang pernah diguna untuk memberi amaran kepada kapal, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama yang mana salah sebuah daripadanya meriam Belanda, dikenali sebagai Seri Rambai, bertarikh 1603. Sesuatu yang menarik berkenaan meriam Seri Rambai, sesetengah penduduk tempatan percaya ia boleh memberi kesan positif terhadap kesuburan wanita.

Tapak bersejarah yang diuruskan secara persendirian ini popular di kalangan pengunjung. Ia dilengkapi dengan kiosk informasi pelancong, sebuah kafe, dewan terbuka, galeri sejarah, pusat cenderamata serta jurupandu yang boleh membawa anda melawati kawasan kubu sambil memberi penerangan tentang sejarahnya.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Fort Cornwallis terletak di penghujung Pusat Bandar Georgetown di Jalan T. S. S. Barakbah off Lebuh Light.

Sila Hubungi

Penang Tourist Information Centre

Telefon: +604-264 3494/263 4941
Faks: +604-262 3688
E-mel: mtpbpen@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.