Papar Peta

Rumah Agam Cheong Fatt Tze

Dibina dalam tahun 1880-an, Rumah Laman Cina berwarna biru nila di Georgetown ini pernah menjadi kediaman Cheong Fatt Tze, seorang pedagang terkemuka dari Negara China di Penempatan Selat Pulau Pinang yang baru dibuka dalam kurun ke-19. Rumah agam ini dibina oleh tukang yang dibawa khas dari Negara China. Mereka menggunakan kepakaran untuk membina rumah agam dengan 38 buah bilik, 5 laman berlantai granit, 7 buah tangga dan 220 tingkap.

Diselamatkan dari kesan pembangunan dalam tahun 1990-an oleh sekumpulan kecil pemelihara Warisan yang diketuai oleh Laurence Loh, rumah agam Cheong Fatt Tze memiliki ukiran kayu menarik berunsur Negara China, anak tingkap berunsur Gothic, dinding batu kemerah-merahan dan serpihan porselin, seni nouveau panel kaca berwarna, jubin lantai Stoke-on-Trent dan kerja besi tuang Scotland. Susun atur di dalam rumah mengikut prinsip feng-shui dan dipenuhi dengan koleksi arca jarang ditemui, ukiran, permaidani dan barangan antik lain.

Dalam tahun 2000, rumah agam Cheong Fatt Tze menerima pengiktirafan ulung iaitu Anugerah Pemuliharaan Warisan Asia Pasifik Unesco. Ia dipilih sebagai "Project Terbaik" dalam Asia Pasifik Rim berikutan kerja-kerja pengubahsuaian yang bernilai RM7.6 juta.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Rumah Agam Cheong Fatt Tze terletak di Lebuh Leith, di antara Lebuh Chulia dan Jalan Sultan Ahmad Shah.

Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati

Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.