Papar Peta
Terdapat banyak yang ingin dilihat dan dilakukan di Cameron Highlands, pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Berjalan-jalan melalui kampung-kampung kecil yang indah, lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas serta menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor; banyak sekali aktiviti menarik di sini untuk anda dan sekeluarga.

Satu lagi aktiviti yang popular di Cameron Highlands, sebenarnya lebih kepada tradisi, ialah menikmati teh dan skon. Tradisi ala Inggeris ini mengingatkan kembali kepada zaman pegawai kolonial Inggeris menggunakan lokasi berbukit ini sebagai tempat persinggahan yang menyejukkan dari haba panas kawasan tanah rendah. Memerhati burung dan trekking juga merupakan antara aktiviti popular di sini.

Terletak 1,500 meter di atas paras laut, Cameron Highlands terdiri dari beberapa pekan kecil antaranya Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Apa yang lebih menarik, ianya mudah bagi anda yang ingin berkunjung ke sana. Cameron Highlands terletak kurang dari satu jam perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan yang utama, anda cuma perlu mengambil masa 3.5 jam memandu dari Kuala Lumpur.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Cameron Highlands dihubungi melalui Tapah atau lebuhraya baru di Simpang Pulai. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, jalan keluar Simpang Pulai mengambil masa tambahan 45 minit untuk sampai di utara Tapah menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan di sepanjang laluan ini adalah lebih lancar, berbanding laluan dari Tapah.


Menaiki Bas atau Teksi
Perkhidmatan bas dan teksi boleh didapati dari Terminal Puduraya di Kuala Lumpur dan perjalanan akan membawa anda ke Tanah Rata. Pilihan lain, menaiki kereta api ke Tapah dan kemudian meneruskan perjalanan anda dengan menaiki teksi atau bas.

Sila Hubungi

Cameron Highlands District Council

Telefon: +605-4911455 / 49120
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.