Taman Negara

Taman Negara ialah Kawasan Dilindungi pertama dan tertua di negara ini, nama asal taman ini ialah Taman Negara King George V. Diisytiharkan pada tahun 1938 oleh Sultan-Sultan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu (semasa Jubli Perak King George), ia telah diwartakan untuk memelihara alam semula jadi kawasan ini. Taman ini telah dinamakan semula sebagai Taman Negara selepas negara memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957.

Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah berakit di sungai dan berjalan di dalam hutan. Berjalan di bawah kanopi hutan, memberikan pemandangan jarak dekat aktiviti di dalam hutan hujan. Tempat memerhati haiwan liar juga dilakukan di dalam pondok yang dibina tinggi dari atas tanah, membolehkan pelawat bermalam untuk memerhatikan haiwan dalam habitat semula jadi mereka. Eksplorasi gua juga tersedia, sama ada dengan menaiki bot atau berjalan kaki.

Taman Negara sebenarnya merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia, dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kepelbagaian alam semula jadinya menjadikannya sebuah ekosistem paling kompleks dan terkaya di dunia.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta Api
Kuala Tembeling - tempat berhenti bagi destinasi ini - juga dihubungi dari laluan Kuala Lumpur, Singapura atau Kota Bharu (melalui Tumpat) dengan menaiki kereta api. Kereta api dari stesen ini berhenti di Perhentian Tembeling, kira-kira setengah jam memandu ke jeti di Kuala Tembeling.


Menaiki Bot
Tempat persinggahan untuk lawatan ke taman ini ialah Kuala Tembeling, 3 jam perjalanan menaiki bot yang membawa anda ke Kuala Tahan pada jam 9 pagi dan 3 petang setiap hari, kecuali pada hari Jumaat apabila waktu berlepas tengahari ialah pada 2.30 petang. Resort Mutiara Taman Negara juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang mengambil masa hanya 45 minit untuk tiba di Kuala Tahan. Bot laju berlepas dari Kuala Tembeling pada jam 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Laluan paling mudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut, perjalanan 3 jam dari Kuala Lumpur. Sekiranya anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh ikut laluan pembalak untuk ke Kuala Tahan, di mana anda perlu menaiki bot merentasi Sungai Tahan untuk memasuki taman ini.


Menaiki Bas atau Teksi
Teksi menuju ke Jerantut tersedia di Terminal Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Secara alternatif, bas ke Jerantut boleh didapati di Stesen Bas Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Dari sana, naik bas atau teksi untuk ke Kuala Tembeling.

Sila Hubungi

Department of Wildlife and National Parks

Alamat:
Km 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Telefon : +603-90752872
Faks : +603-90752873
E-mel: akp@wildlife.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.