Papar Peta
Ingin lari dari kesibukan kota? Hayati ketenangan alam semulajadi serta kehidupan sebuah kampung Melayu tradisional di bawah program Homestay Pelegong di Negeri Sembilan. Di sini, anda akan dapat menikmati layanan mesra keluarga angkat serta mengikut mereka dalam aktiviti seharian di kampunh.

Bangkitlah pada waktu subuh hari untuk menikmati keaslian kehidupan 'kampung'. Bunyi ayam jantan berkokok mengejutkan anda di waktu pagi; hirup udara segar dan ikuti aktiviti mengumpul telur ayam dari reban atau belajar menoreh pokok getah, berendam dalam air sungai berdekatan serta nikmati kesejukannya yang menusuk hingga ke tulang, sebelum cuba menangkap ikan dengan menggunakan tangan sendiri atau memasak kuih-muih lazat orang Melayu.

Anda juga dapat mengetahui asal-usul kampung serta kekayaan sejarahnya. Hargai industri-industri kecil yang terdapat dengan banyak serta kehalusan seni barangan yang dihasilkan. Kagumi ketangkasan jari jemari Pak Adol seorang penenun rotan, serta lelaki dan wanita kreatif yang mahir menghasilkan kraftangan yang yang berkualiti.

Jika anda gemarkan aktiviti luar, anda pasti akan seronok berjalan mengikuti trek ke hutan hujan tebal dan berpeluang menikmati air terjun dan sungai yang jernih. Kemudian, sekembalinya dari kembara di hutan, pasti anda akan merasa lega dengan urutan tradisional tangan-tangan yang pakar dalam urutan, lelaki mahupun wanita untuk menghilangkan penat lelah anda seharian.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Kampung Pelegong dihubungkan oleh rangkaian lebuh raya yang sangat baik. Kampung yang terletak hampir 15 km dari Seremban, 30 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 55 km dari ibu kota Kuala Lumpur.


Menaiki Keretapi
Jika anda memilih laluan perjalanan alternatif, anda boleh mengambil perkhidmatan keretapi Komuter laluan Kuala Lumpur-Seremban dan turun di Tiroi. Kampung Pelegong terletak hanya 2km dari sini. Jadi, anda boleh dijemput oleh tuan rumah keluarga angkat di sini.

Sila Hubungi

Pn. Hajah Fatimah Basiron

Telefon : +6013-395 4189




Homestay Office

Telefon : +606-7911 020

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.