Papar Peta
Medan Portugis juga dikenali sebagai 'Mini Lisbon'. Ianya merupakan pusat kebudayaan Portugis di Melaka dan di Malaysia yang terletak di sekitar penempatan Portugis.

Kampung kecil, atau kampung yang mengelilingi Medan Portugis ini adalah nadi masyarakat Serani Melaka, yang berasal dari perkahwinan antara masyarakat Portugis dan Melayu kira-kira 400 tahun yang lalu.

Kadangkala terdapat persembahan tarian dan muzik Portugis. Ada papan buletin di medan iniyang menyenaraikan beberapa acara kebudayaan. Tetapi, walaupun pada hari apabila tiada sebarang persembahan, Medan Portugis tetap menjadi tempat yang menarik untuk dilawati serta makan dan minum sambil melihat matahari terbenam di Selat Melaka.

Panduan Perjalanan

Menaiki Teksi
Portuguese Square atau dikenali sebagai Medan Portugis, terletak 3 km di timur dari bandar Melaka. Cara yang terbaik untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki teksi kerana ianya cukup murah dan sangat berbaloi.

Sila Hubungi

Tourism Malaysia Melaka

Telefona: +606 - 288 3304




Portuguese Settlement Community

Telefona: +606 - 284 7493

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.