Papar Peta
Jalan Petaling merupakan pusat Chinatown di tengah Kuala Lumpur. Ia mengekalkan banyak suasana tradisi Cina terutamanya pada waktu malam apabila para peniaga mula menjaja di sepanjang jalan.

Anda boleh mencari apa saja dari batu permata, kemenyan hinggalah permainan dan baju T, tetapi tarikan sebenar pasar malam ini ialah pemandangan serta suasana Chinatown. Terdapat pelbagai jenis hidangan enak untuk dipilih. Ada sesetengah restoran di sini yang telah dibuka selama beberapa generasi. Pengunjung tempatan datang ke Jalan Petaling untuk tawar-menawar barangan aksesori dan untuk menikmati makanan Cina yang enak. Jadi, beranikan diri untuk ke Jalan Petaling dengan perut kosong dan semangat untuk mencuba. Walaupun anda berusaha tidak berbelanja (sesuatu yang sukar!), anda pasti akan merasai pengalaman hebat di sini.

Di hujung Jalan Petaling, anda boleh terus melawati Kuil Chan See Shu Yuen yang dibina pada tahun 1906. Di dalam kuil ini dibina sebuah laman pavilion terbuka, beserta ukiran rumit dan lukisan. Di bahagian luar pula, kuil ini menggambarkan ukiran berat seramik berlapis yang menghiasi permukaan dinding dan hujung bumbung.

Bagi pengunjung yang mahukan lebih pengembaraan, di hujung Jalan Petaling terdapat sebuah Kuil India Selatan Sri Maha Mariamman. Kuil ini terletak di Jalan Tun H.S.Lee, berdekatan dengan Bandar Cina. Dibina dalam tahun 1873, kuil ini dikatakan kuil Hindu yang paling dihiasi di Malaysia. Ia sarat dengan ukiran Tuhan Hindu, hiasan emas, batu-batu berharga dan motif lukisan tangan ditambah dengan marmar mewah kemasan dari Itali dan Sepanyol. Pedati perak di dalam kawasan kuil digunakan untuk mengarak ukiran Dewa di jalan dalam bandar.

Di luar Kuil Sri Maha Mariamman terdapat gerai-gerai menjual kalungan bunga dan jalinan bunga jasmin yang harum. Anda juga dapat menghidu bau harum herba tradisional Cina dan kopi yang baru dimasak di bawa angin dari seberang jalan.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Jalan Petaling terletak berhadapan dengan Kompleks Beli-Belah Kotaraya dan Pasar Seni.


Transit Aliran Ringan (LRT)
Ambil laluan PUTRA dan berhenti di stesen Pasar Seni. Jalan Petaling terletak berhampiran stesen.

Sila Hubungi

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

Alamat:
109 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: 1 300 88 5050
Faks: +603-2162 1149
E-mel: enquiries@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.