Papar Peta

Taman Botani Perdana

Taman Botani Perdana atau lebih dikenali dengan nama lamanya, Taman Tasik merupakan taman tertua dan paling popular di Kuala Lumpur. Ia terletak di pinggir bandar dan pernah menjadi kawasan penempatan rumah mewah golongan kaya British sewaktu zaman penjajahan.

Hari ini, dengan kawasan berbukit dan laluan denai yang disediakan, ia menjadi kawasan riadah bagi mereka yang datang untuk berjoging atau bersenam tai chi di waktu pagi. Tarikan utama di taman ini ialah tasik yang dikelilingi oleh pohon-pohon hijau di tanah seluas 92 hektar (227 ekar) yang memberikan suasana segar.

Berjalan-jalan sambil melihat burung dan rama-rama di Taman Burung dan Taman Rama-Rama. Atau berjalan-jalan melawat Taman Rusa dan Taman Orkid yang mudah untuk dikunjungi sama ada dengan berjalan kaki atau dengan menaiki bas ulang-alik biasa. Dari taman-taman ini, anda juga boleh melawat tempat-tempat menarik lain seperti Tugu Negara, Planetarium dan Muzium Kesenian Islam.

Panduan Perjalanan

Menaiki Teksi
Pintu masuk ke Taman Botani Perdana melalui Jalan Parlimen dan belakang Masjid Negara.

Sila Hubungi

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

Telefon: 1 300 88 5050
Faks: +603-2162 1149
E-mel: enquiries@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.