Papar Peta

Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf

Juga dikenali sebagai "Balai Getam Guri", Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf ini terletak di zon kebudayaan Kota Bharu, dalam jarak berjalan kaki dari Istana Balai Besar dan Bazar Buluh Kubu.

Muzium Kraf menempatkan banyak hasil kerja tangan halus Kelantan.

Sebuah restoran dipanggil "Balai Sulur Gadung" terletak di tingkat bawah bangunan ini, di mana pengunjung boleh merasai makanan Kelantan yang terkenal.

Bersebelahan Kampung Kraftangan, disediakan sebuah tempat bagi pengunjung melihat bagaimana hasil kraf ini dihasilkan. Demonstrasi sulaman tradisional, tenunan songket, mencanting batik, kerja perak dan ukiran kayu dilakukan oleh tukang yang mahir. Produk yang dihasilkan oleh mereka juga dijual di sini.

Muzium ini dibuka dari 8.30 pagi - 4.45 petang setiap hari (kecuali Jumaat).

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki
Terletak di zon kebudayaan Kota Bharu, Kampung Kraftangan ini hanya dalam jarak berjalan kaki dari Istana Balai Besar dan Bazar Buluh Kubu. Ia mudah dituju dari Jalan Sultan dan Jalan Hilir Kota.

Sila Hubungi

Pejabat Pelancongan Malaysia Kelantan

Telefon : +609-747 7554
Faks : +609-747 8010

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.