Papar Peta

Masjid Zahir

Salah sebuah mercu tanda berseni bina di Kedah, Masjid Zahir tersergam indah sebagai bangunan contoh dengan seni bina Melayu-Islam.

Dibina dalam tahun 1912, ia merupakan salah sebuah masjid tertua di negara ini. Reka bentuk masjid ini diilhamkan oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Lima buah kubah besar berwarna hitam melambangkan lima prinsip Rukun Islam.

Terletak di pusat bandar Alor Setar, masjid ini menjadi masjid rasmi negeri serta masjid bagi penduduk tempatan. Ia turut menjadi lokasi bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun.

Masjid ini turut menjadi tempat persemadian pahlawan-pahlawan negeri Kedah yang gugur sewaktu mempertahankan negeri ini dari dijajah Siam pada tahun 1821.

Panduan Perjalanan

Kereta
Dari Kuala Lumpur, pandu mengikut Lebuh Utara-Selatan (PLUS), menuju ke Kedah dan keluar di Persimpangan Alor Setar Selatan (Persimpangan 177) untuk ke bandar Alor Setar yang terletak 4 km dari laluan keluar.


Keretapi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mempunyai perkhidmatan keretapi dari Kuala Lumpur ke Alor Setar di Kedah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.ktmb.com.my atau hubungi KTMB at +603-227 47435.

Sila Hubungi

Pejabat Pelancongan Malaysia Kedah

Telefon: +604-731 2322/ 730 1322

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.