Taman Laut Pulau Payar

Taburan pulau-pulau yang membentuk Pulau Payar terletak 30 km ke tenggara Langkawi. Dari sini, perjalanan ke taman laut terbaik di Pantai Barat Malaysia mengambil masa 1 jam dengan menaiki bot, menjadikan ia tempat sesuai untuk dilawati.

Taman laut yang meliputi beberapa buah gugusan pulau ini dijaga rapi. Taman laut Pulau Payar merupakan taman laut terbesar di antara pulau-pulau ini. Anda pasti tertarik dengan tambatan terapung yang terletak tak jauh dari Pulau Payar.

Masuk ke dalam kebuk pemerhatian bawah laut untuk melihat hidupan laut yang dikelilingi terumbu karang. Anda ingin lebih dekat dengan kumpulan ikan yang mendiami terumbu karang dasar laut? Pakai topeng oksigen, peralatan menyelam dan saksikan keindahan dasar laut!

Jika anda gemar menyelam, lokasi terbaik ialah di sepanjang kawasan terumbu karang di selatan, timur dan barat Pulau Payar. Sila periksa dengan pengendali aktiviti kerana keperluan di setiap tempat adalah berlainan.

Tiada penginapan disediakan di Taman Laut Pulau Payar tetapi terdapat banyak resort dan restoran disediakan di Langkawi dan hanya mengambil masa singkat menaiki bot laju.

Panduan Perjalanan

Menaiki Bot & Katamaran
Pulau Payar terletak 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Anda boleh ke sini dari Jeti Kuah di Langkawi dengan menggunakan bot laju atau katamaran. Perjalanan mengambil masa 1 jam.

Sila Hubungi

Langkawi Tourist Information Centre

Telefon: +604-966 7789/5271
Faks: +604-966 7889

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.