Papar Peta
Terletak 709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Sepanjang 20 minit perjalanan, anda akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.

Mengembara di kecuraman 42 darjah, sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen gunung, walaupun angin sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar. Tetapi apabila anda sudah biasa dengan perasaan berada di udara, perjalanan ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, dan mengujakan.

Di puncak, terdapat sebuah jambatan gantung di mana anda boleh melihat keindahan pulau Langkawi. Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana perjalanan ke jambatan gantung agak jauh.

Kereta kabel beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, bergantung kepada keadaan cuaca. Perkhidmatan mungkin dihentikan ketika angin kencang. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk orang dewasa yang mempunyai MyKad dan RM5 untuk kanak-kanak (harga tertakluk kepada perubahan).

Panduan Perjalanan

Kereta atau Teksi
Kereta Kabel Langkawi terletak di pantai barat daya dari pulau utama, hanya 30 minit perjalanan memandu dari pekan Kuah dan 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pilihan terbaik anda adalah menyewa kereta atau teksi untuk sehari dan menikmati keindahan pulau sendiri.

Sila Hubungi

Pejabat Kereta Kabel

Alamat:
Oriental Village, Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Telefon: +604-959 4225 
Faks: +604-959 4121
E-mel: info@langkawicablecar.com.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.