Papar Peta

Muzium Diraja Abu Bakar

Bangunan berseni bina menakjubkan ini siap pada tahun 1866. Ia ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan turut dikenali sebagai Istana Besar Johor.

Dibina mengikut gaya Renaissance, bangunan ini dibina oleh orang tempatan dibawah seliaan seorang arkitek Eropah. Perabut di dalam istana dibuat di England dan ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dalam tahun 1866.

Istana ini dijadikan Muzium Diraja Abu Bakar dalam tahun 1982. Hari ini, ia masih digunakan sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri.

Anda boleh saksikan serba-sedikit kehidupan keluarga diraja melalui barang-barang perak, perhiasan serta cenderahati yang dipamerkan di muzium. Terdapat juga gambar-gambar keluarga diraja sejak dari pemerintahan Sultan Abu Bakar.

Lawati muzium ini hari ini untuk mengetahui perjalanan sejarah keluarga diraja Johor. Muzium dibuka Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Panduan Perjalanan

Memandu atau Berjalan Kaki
Terletak di dalam kawasan istana, Muzium Diraja Abu Bakar boleh dilawati dari Jalan Air Molek dan Jalan Ibrahim.

Sila Hubungi

Muzium Diraja Abu Bakar

Alamat :
Grand Palace, 80500 Johor Bahru, Johor, Malaysia 

Telefon : +607-223 0555/0222
Faks : +607-224 8476

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.