Papar Peta

Tarikan Berdekatan

Pulau Sibu ialah tempat terpencil yang menyenangkan dengan tanaman tropika yang kaya, pantai keemasan yang tiada hujungnya dan air laut membiru. Pulau ini juga terkenal kerana memiliki banyak gua laut yang terhasil daripada batu. Pukulan ombak laut yang berterusan semasa musim monsun telah memberikan pulau ini rupa yang cantik namun agak kasar.

Kawasan laut di sekitarnya mengandungi terumbu karang yang mengasyikkan dan ditambah pula dengan hidupan marin yang berwarna-warni. Tinggalan bangkai kapal di luar pesisirnya juga boleh ditemui. Pada waktu dahulu, tongkang Cina dan kapal lanun selalu bertukar-tukar tembakan meriam di sekitar pulau ini, dan tinggalan perang ini berada berserakan di sekitar dasar laut.

Juga terdapat kemudahan untuk menyelam dasar laut, bersnorkel, meluncur angin, belayar dan mengumpan. Pelawat boleh pergi berjalan kaki meredah hutan membawa mereka ke paya bakau yang belum diusik atau melawat kelong, atau jeti, di mana ikan bilis ditangkap. Secara alternatif, pergilah ke kampung, untuk melihat sendiri bagaimana kelapa disangai untuk dijadikan kelapa kering.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat dan Laut
Anda boleh menaiki bot untuk ke Pulau Sibu dari jeti Tanjung Leman, di selatan Mersing. Dari pekan Mersing, teruskan perjalanan ke selatan di sepanjang jalan utama Mersing-Kota Tinggi (Lebuh Raya 3) untuk kira-kira 44km dan belok ke kiri. Perjalanan ini akan melepasi ladang kelapa sawit, dan pastinya jalan ini sempit dan berliku-liku di beberapa bahagian. Dari Johor Bahru, pergi ke pekan Kota Tinggi. Dari pekan Kota Tinggi, teruskan perjalanan ke arah utara di jalan utama Kota Tinggi-Mersing (Lebuh Raya 3) sejauh 48km dan belok ke kanan ke simpang sama dinyatakan di atas. Pulau Sibu kira-kira 20 minit perjalanan menaiki bot dari Tanjung Leman.

Sila Hubungi

Pusat Maklumat Taman Laut Johor di Mersing

Telefon: +607-799 1161




Pusat Maklumat Pelancong Mersing (METIC)

Telefon: +607-799 5212

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.