Pengalaman menjelajahi taman yang sukar dilupakan – Taman Negara Bako, Sarawak

Terletak 37 km dari Kuching, taman negara yang tertua di Sarawak ini menawarkan pengenalan yang terbaik untuk hutan hujan Sarawak. Rumah kepada ekosistem yang berkembang maju, ia adalah salah satu daripada taman-taman yang paling menarik di Malaysia dengan hampir setiap spesis tumbuhan di Borneo boleh didapati di sini serta panorama pantai berbatu dipenuhi dengan pembentukan semula jadi yang indah. Rangkaiannya diselenggarakan dengan baik dan laluan alam semulajadi dijaga dengan baik yang membenarkan pelawat untuk meneroka pelbagai tarikan dengan mudah.

Mesti dilakukan

  • Ikuti salah satu daripada 16 denai yang boleh didapati di sini dan terokai ekosistem taman yang unik

  • Carilah hidupan liar yang merantau ke kawasan ini, terutama monyet belalai yang endemik

  • Memerhati lebih daripada 150 spesis burung yang hidup di dalam taman ini

Sila Hubungi

Telefon : 1 800 88 2526 / +6082-610 088

Faks : +6082-610 099

Layari Laman Web