Pendakian Bukit/Batuan Curam

Di Malaysia terletaknya puncak tertinggi rantau ini iaitu Gunung Kinabalu (4,095m). Bertempat di Kinabalu National Park di Sabah, gunung ini adalah destinasi popular bagi penduduk tempatan dan juga pelancong luar negara.

Mengambil masa kira-kira dua hari untuk pendakian dan penurunan, pendakian lapan kilometer ini biasanya bermula dari Pagar Timpohon berdekatan dengan ibu pejabat taman (1,800m). Pendaki biasanya memilih untuk bermalam di Laban Rata (3,273m) sebelum meneruskan pendakian keesokan harinya. Untuk pendakian yang lebih lasak, pendaki boleh memilih untuk menuruni gunung melalui ferrata, laluan yang dilengkapi dengan kabel tetap, stemples, tangga dan jambatan. Ini bukanlah pilihan terbaik bagi yang mempunyai lemah lutut dan takut pada ketinggian.

Lain-lain pusat pendakian termasuklah Lost World of Tambun, Kampung Nipah di Pulau Tioman, Taman Etnobotani di Gua Musang, Kelantan, Gunung Jerai di Kedah, Gunung Angsi di Negeri Sembilan atau Gunung Ledang di Johor. Untuk pendakian mencabar, cubalah Gunung Tahan, puncak tertinggi di Semenanjung. Seorang penunjuk jalan berpengalaman diperlukan untuk perjalanan turun sejauh 130km, yang merentasi hutan hujan, sungai dan rabung gunung.

Lebih dekat dengan ibukota, para pendaki boleh memilih untuk mendaki Batu Caves, sebuah bukit batu kapur dengan 8 tebing dan lebih kurang 170 laluan. Dinding yang popular termasuklah Dinding Nyamuk, Dinding Nanyang, Roadshow, Dinding Comic, Dinding Damai, Dinding Putih dan Batu Merah.

Tips Penting

  • Untuk mengelak daripada musim tengkujuh, baca terlebih dahulu mengenai bulan-bulan yang terbaik untuk mendaki dan merancang perjalanan anda.

  • Walaupun anda sedang mendaki pada musim kering, cuaca gunung adalah sering tidak menentu. Sentiasa bersedia dengan kelengkapan dan peralatan kalis air seperti pelindung dari hujan untuk beg galas, jaket dan kasut kalis air adalah idea yang baik.

  • Apabila berada di atas gunung, pasti anda akan berasa sangat sejuk, jadi jangan sesekali lupa untuk membawa pakaian tebal bersama anda.

  • Kasut murah (berharga kurang daripada RM10) yang digunakan oleh penduduk tempatan jenama 'Adidas Kampung'. Dibuat keseluruhannya daripada getah, ia adalah kasut yang hebat untuk merentasi hutan hujan tropika kerana ia tahan lasak dan kalis air. Pendaki tempatan yang memakai kasut jenis itu telah memenangi Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu. Kasut 'Adidas Kampung' boleh didapati di beberapa kedai runcit, kedai perkakasan dan pasar malam.