Malaysia, diberkati dengan salah satu hutan hujan tertua di dunia, adalah rumah kepada biodiversiti yang kaya dengan flora dan fauna.

"Diberi pengiktirafan sebagai salah satu daripada 12 negara mega biodiversiti di dunia, Malaysia mempunyai lebih daripada 14,500 spesis tumbuhan berbunga, 3,000 spesis pokok, 300 spesis pokok kelapa sawit, 60 spesis buluh, 210 spesis mamalia, 600 spesis burung dan beribu-ribu serangga dan hidupan laut.

Pastinya pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan keindahan flora yang ditemui di sini termasuklah Raffles Pitcher-Plant (Nepenthes rafflesiana), Slipper Orchid (Paphiopedilum Sanderianum), Cycas (Cycas circinalis) dan pelbagai tumbuhan lain.

Beberapa taman dan kebun di sekitar negara memberikan peluang kepada para pelawat untuk berjalan-jalan di sekitar taman sambil menikmati keajaiban alam semula jadi Malaysia dengan lebih dekat lagi.

Tips Penting

  • Anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan flora di Malaysia. Terdapat taman di sekitar bandar-bandar utama seperti Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur, Taman Botani Pulau Pinang di Pulau Pinang dan Taman Tasik Taiping di Perak yang menyediakan peluang untuk menikmati alam semulajadi bagi mereka yang tinggal di kota untuk berehat.

  • Untuk bersama-sama mengekalkan keindahan taman, anda dilarang memetik mana-mana bunga.

  • Untuk mendapatkan pengalaman yang terbaik, anda perlu berpakaian sederhana dengan pakaian dari jenis kain kapas ringan untuk keselesaan dan kasut atau sandal yang sesuai. Dan jangan lupa bawa bersama krim pelindung cahaya matahari!