Selaman

Malaysia pesat berkembang menjadi salah satu destinasi selaman skuba terkemuka di dunia dengan menjadi salah satu daripada persekitaran laut terkaya di Lengkungan Indo-Pasifik. Hidupan laut Luar biasa biokepelbagaian marin, ditambah pula dengan pulau-pulau yang indah, pantai yang putih bersih dan air laut yang suam telah memikat para penyelam untuk kembali berulang-kali.

Lokasi selaman skuba yang popular di seluruh Malaysia termasuk geografi yang pelbagai di bawah air seperti terumbu landai, blok karang, selaman dinding, selaman dalam, selaman hanyut dan selaman kapal karam. Peluang berenang di bawah permukaan laut yang suam menjanjikan pengalaman yang mengagumkan, dengan kepekatan kehidupan laut yang cergas dan eksotik yang jarang ditemui sukar ditandingi oleh mana-mana tempat sahaja di dunia.

Daripada Jerung Hammerhead, sehingga kepada kelompokan barracudas dan pelbagai spesies penyu, juga Frogfish and Ghost Pipefish yang pelik, di sana sentiasa terdapat sesuatu yang menarik sedang menunggu. Tidak keterlaluan dinyatakan, hampir setiap kali kaji-selidik kepelbagaian bio dijalankan di laut tropika Malaysia, senarai spesies akan meningkat!

Terdapat banyak pusat selaman skuba di Malaysia, dilengkapi dengan baik dan diperakui oleh semua agensi penyelaman skuba antarabangsa seperti PADI, SSI dan SSAC kerana mengekalkan standard keselamatan dan profesionalis. Secara semula jadi, semua kursus menyelam skuba di perairan Malaysia juga disahkan oleh agensi-agensi tersebut.

Selepas menamatkan kursus menyelam, dapatkan kelengkapan menyelam yang terbaru dari pelbagai jenama antarabangsa yang terdapat di pusat-pusat menyelam di Malaysia. Hampir semua pulau di Malaysia menawarkan perkhidmatan menyelam bagi semua peringkat pengalaman - baik selaman mudah, selaman di laut cetek sehingga ke selaman di laut dalam atau selaman teknikal.

Tips Penting

  • Jika anda merancang untuk mengikuti aktiviti selaman, cara yang terbaik untuk menjimatkan wang anda ialah dengan membuat tempahan awal dengan operator bagi pakej selaman, makanan dan penginapan.

  • Keadaan laut bergelora dan air menjadi keruh sewaktu monsun di pantai timur (November-Mac), jadi pastikan anda merancang lebih awal untuk tidak membuat kunjungan di musim ini.