Dusun Buah-buahan

Anda akan menikmati rasa yang luar biasa dengan berkunjung ke ladang buah-buahan di Malaysia. Dengan 370 jenis buah-buahan yang terdapat di kebun, ini adalah peluang keemasan untuk menikmati hasil bumi Malaysia yang berwarna-warni.

Terdapat banyak dusun buah-buahan yang membenarkan orang awam masuk melawat. Ada yang menanam pokok buah-buahan yang jarang dijumpai dan mempromosi hasil pertanian tempatan di mana pelancong diberi peluang untuk mencuba buah-buahan tersebut sebagai satu aktiviti lawatan. Selain daripada buah-buahan tropika yang popular seperti mangga, betik dan tembikai, terdapat juga manggis, buah naga dan pomelo yang mempunyai rasa yang unik.

Pelancong sekurang-kurangnya mesti mencuba 'raja buah' iaitu durian. Dengan perbezaan yang ketara dari semua aspek, saiznya yang besar, baunya yang unik dan berduri, isinya yang lemak berkrim mengeluarkan bau yang sungguh kuat (sesetengah orang menyatakan baunya menjelikkan) walaupun buahnya belum dibuka. Durian mempunyai berbagai jenis seperti Udang Merah, Green Skin Ang Bak, D604, Red Litter dan Golden Pillow. Lawatilah dusun durian dan ada pakej makan durian secara buffet yang istimewa boleh didapati.

Tips Penting

  • Semak pilihan yang disediakan untuk tawaran terbaik lawatan ke ladang buah buahan.

  • Durian adalah bermusim. Jika anda bercita-cita untuk datang makan durian di Malaysia, pastikan lawatan dilakukan pada musim durian untuk menjamin buah yang terbaik pada harga berpatutan.

  • Untuk yang memilih percutian agro-pelancongan, terdapat pilihan homestay, jadi semak apa yang disediakan untuk mendapat pilihan terbaik.