Bandar-bandar besar di Malaysia akan berubah wajah apabila malam menjelma. Orang ramai akan keluar mengunjungi restoran mewah, kafe yang selesa dan yang paling popular restoran mamak yang beroperasi 24 jam. Di kebanyakan kawasan bandar terutamanya di Kuala Lumpur terdapat tempat yang dibuka sampai awal pagi untuk memenuhi permintaan warga kota yang gemar keluar malam.

Dari pub biasa ke kelab malam yang meriah dikendalikan oleh deejay antarabangsa, hiburan malam di bandar yang mesti dikunjungi. Pusat hiburan di Kuala Lumpur terletak di sepanjang Changkat Bukit Bintang di samping tempat bersosial yang lain seperti di Jalan P.Ramlee dan Warisan Asia.

Makan-makan adalah aktiviti malam yang popular di Malaysia, di mana gerai-gerai dibuka sehingga awal pagi. Samada anda lapar selepas berseronok di kelab malam atau selepas menonton tayangan tengah malam, gerai di jalanan masih lagi dibuka di merata tempat untuk memenuhi selera semua golongan.

Tips Penting

  • Pastikan anda membawa wang tunai kerana kad kredit tidak diterima di gerai tepi jalan.

  • Sistem pengangkutan awam hanya beroperasi sehingga tengah malam jadi bersedia untuk menaiki teksi ke hotel jika anda balik lewat. Tambang tambahan selepas tengah malam akan dikenakan.