Nasi Ayam

Nasi Ayam ialah salah satu daripada hidangan paling popular di dalam budaya Masyarakat Cina Malaysia. Dari Nasi Ayam Hainan yang terkenal hinggalah ke ayam kukus, ayam panggang dan ayam barbeku. Nasi Ayam di Malaysia bukan sahaja tersedia di kedai kopi Cina atau di restoran atau di gerai tepi jalan, tetapi juga di cawangan restoran serta cawangan F&B khusus. Kebanyakan Nasi Ayam dihidangkan dengan hirisan timun, biasanya dihidangkan dengan sos cili buatan sendiri dan halia atau bawang putih yang ditumbuk serta kicap soya pekat. Terdapat juga pelbagai jenis nasi, termasuk 'nasi berminyak' beraroma dan lazat Hainan yang berwarna kuning. Nasi ayam boleh dihidangkan bersama semangkuk sup dan tambahan usus, hempedal, hati ayam, dan sebagainya.

Nasi Ayam dihidangkan sebagai bebola nasi di Melaka, dikenali sebagai Bebola Nasi Ayam. Daripada menggunakan semangkuk nasi, nasi dibentuk menjadi bebola nasi bersaiz seperti sebiji bola golf dan ayam kukus. Di Ipoh, Nasi Ayam kukus versi Kantonis dihidangkan dengan tauge yang rebus dan nasi putih biasa.