Muzik dan Tarian

Kepelbagaian Eksotik yang Mengkagumkan


Warisan pelbagai budaya dan bangsa di Malaysia amat jelas dilihat pada kepelbagaian muzik dan tariannya. Tarian penduduk asli Melayu, Orang Asli dan pelbagai etnik Sabah dan Sarawak adalah amat eksotik dan mengagumkan. Apabila bangsa Cina, India dan Portugis mula menetap di Malaysia, tarian tradisional dari tanah air mereka menjadi sebahagian daripada budaya dan warisan Malaysia.

Muzik


Orkestra

Malaysia mempunyai dua orkestra tradisional: gamelan dan nobat. Berasal daripada Indonesia, gamelan adalah orkestra tradisional yang memainkan melodi mendayu menggunakan gabungan gong dan instrumen bertali. Nobat adalah orkestra diraja yang memainkan muzik menggunakan serunai dan instrumen nafiri angin.

Rebana Ubi

Pada zaman kesultanan Melayu, rentak berirama yang bergetar daripada rebana ubi besar itu memberikan pelbagai isyarat daripada amaran bahaya kepada pengumuman perkahwinan. Kemudiannya, ia digunakan sebagai peralatan muzik dalam pelbagai persembahan sosial.

Kompang

Merupakan di antara alatan muzik tradisional Melayu paling popular, kompang banyak digunakan dalam aktiviti sosial seperti perarakan Hari Merdeka, upacara formal dan perkahwinan. Serupa dengan tamborin tetapi tanpa kepingan besi bergetar, gendang tangan ini biasanya dimainkan dalam kumpulan besar, di mana, corak rentak komposit dapat dilakukan dengan melapiskan rentak berbeza.

Gambus

Dibawa ke Malaysia oleh pedagang Parsi dan Timur Tengah, gambus atau oud Arab dimainkan dalam pelbagai cara dalam lagu rakyat Melayu, biasanya sebagai alat muzik utama muzik Ghazal. Diukir dengan teliti menggunakan kombinasi kayu berbeza, alat ini menghasilkan nada lembut yang serupa dengan alat muzik, harpsichord.

Sape

Sape adalah alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu atau orang hulu sungai Sarawak. Hasil seni ukiran kayu dengan motif berwarna-warni, sape dibuat dengan melubangkan sebatang kayu. Dahulunya hanya dimainkan semasa upacara pemulihan dalam rumah panjang, ia menjadi alat muzik hiburan sosial. Biasanya, muzik temanya digunakan untuk melatari tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

Tarian


Mak Yong Melayu

Berasal daripada Patani di Selatan Thai, Mak Yong direka untuk menghiburkan kerabat wanita, ratu dan puteri, semasa orang lelaki pergi berperang. Menggabungkan drama romantik, tarian dan nyanyian opera, kisah zaman kegemilangan kerajaan Melayu turut dipersembahkan.

Kuda Kepang

Kuda Kepang adalah tarian tradisional yang dibawakan ke negeri Johor oleh imigran Jawa. Melakonkan semula kisah peperangan suci Islam yang berjaya, penari duduk di atas kuda buatan bergerak kepada rentak alat muzik yang biasanya terdiri daripada gendang, gong dan angklung.

Zapin

Pengaruh keislaman dalam tarian tradisi Malaysia mungkin paling jelas pada Zapin; suatu tarian popular daripada negeri Johor. Diperkenalkan oleh mubaligh Islam daripada Timur Tengah, tarian asal itu dipersembahkan untuk zikir ketuhanan Islam untuk menyebarkan maklumat mengenai peradaban Islam.

Joget

Tarian tradisional Malaysia popular dengan rentak laju dan dipersembahkan oleh pasangan yang menggabungkan pergerakan pantas tetapi lemah gemalai dengan sedikit kelucuan. Joget berasal daripada tarian rakyat orang Portugis, yang diperkenalkan di Melaka semasa perdagangan rempah.

Tarian Lilin

Ia dipersembahkan oleh wanita yang membuat tarian gemalai semasa mengimbangkan lilin dalam piring kecil.

Silat

Salah satu tradisi seni mempertahankan diri Melayu paling tua, Silat juga adalah satu bentuk tarian. Dengan gerakan badan yang berbunga, persembahan silat adalah mengagumkan dan menarik.

Tarian Singa Cina

Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina, Tarian Singa adalah bertenaga dan menghiburkan. Mengikut lagenda, di zaman purbakala, hanya singa haiwan yang dapat menghalau haiwan mitos bernama Nian yang mengganas di China dan menelan manusia pada malam Tahun Baru. Biasanya memerlukan koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi, tarian ini sentiasa ditarikan kepada rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal.

Tarian Naga

Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa, kebaikan, kesuburan, kegigihan dan maruah dalam budaya Cina. Biasanya dipersembahkan untuk menyambut Tahun Baru Cina, Tarian Naga dikatakan memberikan nasib baik dan keuntungan kepada tahun yang mendatang. Biasanya memerlukan pasukan melebihi 60 orang, persembahan hebat ini adalah pertunjukan koordinasi, skil dan kelembutan yang sempurna.

Bharata Natyam India

Tarian klasik India adalah seperti gerakan puisi. Berdasarkan epik India lama, tarian penuh perasaan dan dramatik ini menggunakan lebih 100 langkah tarian dan gerakan. Penguasaannya memerlukan latihan bertahun-tahun, jadi kanak-kanak mula mempelajarinya seawal umur lima tahun.

Bhangra

Bhangra adalah muzik rakyat dan tarian dalam komuniti Sikh. Asalnya tarian menuai, ia kini menjadi sebahagian persembahan sewaktu keramaian sosial seperti perkahwinan dan perayaan Tahun Baru. Biasanya menceritakan tema romantik dengan nyanyian dan tarian yang dijana oleh rentak kuat daripada dhol, gendang dua hala, Bhangra adalah muzik yang mengasyikkan.

Ngajat Sabah & Sarawak

Tarian Pahlawan adalah tarian tradisi orang Iban Sarawak. Tarian ini biasanya dijalankan semasa Gawai Kenyalang. Dikatakan antara pemburu kepala yang ditakuti di Sarawak, pahlawan puak ini yang berjaya akan diraikan secara tradisinya dalam perayaan rumit ini. Memakai hiasan kepala yang rumit dan memegang perisai hiasan yang panjang, penari pahlawan lelaki melakukan lompatan dramatik sepanjang tarian yang mempesonakan ini.

Datun Julud

Tarian Kenyalang adalah tarian tradisi wanita Kenyah Sarawak. Direka oleh putera Kenyah bernama Nyik Selong untuk melambangkan kegembiraan dan terima kasih, ia dahulu dipersembahkan semasa perayaan masyarakat yang mengalu-alukan pahlawan kembali daripada pemburuan kepala atau semasa perayaan tahunan yang menandakan akhir musim menuai padi. Ditarikan oleh seorang penari wanita kepada alunan sape, kipas cantik daripada bulu kenyalang digunakan untuk mewakili sayap burung suci itu.

Sumazau

Sumazau adalah tarian tradisi orang Kadazan Sabah. Biasanya dijalankan di upacara keagamaan dan aktiviti sosial, ia asalnya digunakan untuk memberi penghormatan kepada roh untuk tuaian padi yang banyak, menghalau hantu jahat dan menyembuh penyakit. Penari lelaki dan wanita menarikan tarian hipnotik ini dengan pergerakan lembut dan perlahan seperti aksi burung terbang.

Tarian Buluh

Antara tarian tradisional yang sangat menghiburkan dan popular adalah Tarian Buluh. Dua batang buluh dipegang secara menegak di atas tanah setinggi buku lali. Ia ditepuk bersama mengikut rentak gendang, bertempo tinggi dan memerlukan ketangkasan yang tinggi. Penari perlu melompat di antara batang buluh dan elakkan kaki mereka terperangkap di antara batang-batang tersebut.

Orang Asli

Tarian tradisi Orang Asli Semenanjung Malaysia amat berakar umbi daripada kepercayaan kerohanian mereka. Tarian biasanya digunakan oleh bomoh sebagai ritual untuk berkomunikasi dengan dunia roh. Tarian seperti Genggulang daripada puak Mahmeri, Berjerom daripada puak Jah-Hut dan Sewang daripada puak Semai dan Temiar.

Portugis Melaka Farapeira

Farapeita adalah tarian pantas dan ceria yang biasanya dilatari gitar dan tamborin, ditarikan oleh pasangan yang berpakaian kostum Portugis lama.

Branyo

Digemari oleh kebanyakan generasi lama Portugis, Branyo adalah tarian lebih perlahan berbanding tarian Farapeira. Penari lelaki dipakaikan kostum seperti koboi dan penari wanita dipakaikan dengan baju kebaya tradisional dengan batik sarong, menari kepada rentak muzik gendang dan violin.