Papar Peta

Ruang gua terbesar di dunia – Taman Negara Mulu, Sarawak

Diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000, Taman Negara Mulu adalah rumah kepada koleksi suatu khazanah semula jadi yang mengagumkan, termasuk pancang batu kapur tajam yang dipanggil The Pinnacles, dan Sarawak Chamber, ruang gua terbesar di dunia yang mampu menampung 40 buah pesawat Boeing 747. Sementara itu, Gua Rusa mempunyai laluan gua terbesar di dunia serta pembentukan batu yang unik dengan bayang yang menyerupai profil sisi Abraham Lincoln, Presiden ke-16 Amerika.

Mesti dilakukan

  • Melawat empat gua utama - Rusa, Lang, Jernih dan Angin

  • Berjalan di sepanjang 480m Skywalk Kanopi Mulu

  • Mengunjungi jejak-jejak yang menarik seperti jejak Pinnacles dan jejak Tumbuhan Perubatan

Sila Hubungi

Telefon : +6085-792 300 / 301

Faks : +6085-792 305

Layari Laman Web