Pengembara yang berpengalaman dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti lasak ini akan mendapati bahawa Malaysia mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk menjalani aktiviti ini melalui denai hutan. Hutan negara yang luas dan kawasan simpanan hidupan liar memberikan peluang kepada pencinta alam semula jadi untuk menikmati persekitaran yang subur di kawasan tropika.

Bagi yang berpengalaman mungkin anda ingin mencabar dan menilai keupayaan sendiri dengan cuba menjejaki Gunung Tahan di Taman Negara, Pahang, manakala pengembara yang santai boleh mengunjungi Institut Penyelidikan Hutan Simpanan Malaysia (FRIM), yang terletak di Kepong, utara Kuala Lumpur.

Antara trek utama yang lain termasuklah yang terdapat di Taman Negara Niah, Taman Negara Mulu, Taman Alam Semulajadi Kuala Selangor, hutan bakau Selangor, hutan gunung Selangor Templers Park, hutan gunung Ulu Bendol Negeri Sembilan, hutan hujan tropika Tanah Pamah Endau Rompin Johor, hutan hujan tropika Gunung Ledang Johor dan Taman Negara Lambir.

Bagi pengunjung yang lebih suka meredah hutan dalam cuaca sejuk, denai hutan yang terdapat di Cameron Highlands dan Bukit Fraser pasti memberikan pengalaman yang unik buat anda.

Tips Penting

  • Semak laporan cuaca sebelum memulakan perjalanan anda.

  • Minum banyak air dan anda disarankan membawa air lebih dan penyembur menghalau serangga amat berguna apabila berada di hutan. Memakai stokin untuk mengelak lintah mungkin idea yang baik jika anda meredah sungai.

  • Kasut murah (berharga kurang daripada RM10) yang digunakan oleh penduduk tempatan jenama 'Adidas Kampung'. Dibuat keseluruhannya daripada getah, ia adalah kasut yang hebat untuk merentasi hutan hujan tropika kerana ia tahan lasak dan kalis air. Pendaki tempatan yang memakai kasut jenis itu telah memenangi Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu. Kasut 'Adidas Kampung' boleh didapati di beberapa kedai runcit, kedai perkakasan dan pasar malam.