Nasi Briyani

Nasi Briyani (biryani atau beriani) ialah hidangan selamat dimakan berasaskan nasi yang dimasak bersama rempah-ratus, beras (cth basmati) dan daging, ikan, telur serta sayur-sayuran. Kepopularan hidangan eksotik ini kerana rasa aromanya dan kaya dengan rasanya yang tersendiri.

Nama 'briyani' berasal daripada perkataan Parsi iaitu 'berya(n)' yang bererti 'goreng' atau 'panggang'. Dari Iran (Parsi), hidangan ini telah dibawa ke Asia Tenggara oleh pedagang dan pengembara Iran yang berkongsi 'resipi rahsia' dengan penduduk tempatan. Bahan utama 'nasi briyani' termasuklah rempah-ratus dan bahan perasa seperti minyak sapi, buah pala, kulit pala, jintan putih, lada hitam, bunga cengkih, buah pelaga, daun salam, ketumbar, daun pudina, halia, bawang merah dan bawang putih. Nasi biryani bukan vegetarian, versinya yang lebih terkenal, mempunyai daging sebagai bahan utama dan ia selalunya daging lembu, ayam, kambing, ikan atau udang. Kebanyakan hidangan nasi biryani disediakan bersama dahi chutney, korma,kari, lauk terung, telur rebus dan salad.

Di Malaysia dan di Singapura, hidangan ini dipanggil nasi beriani, nasi biryani, nasi briani dan juga nasi minyak. Di sini, nasi ini dihidangkan bersama Rendang dan diiringi dengan Sirap Bandung sebagai penghilang dahaga, terutamanya di kalangan orang Islam Melayu. Nasi beriani gam, satu versi yang diperbaiki berasal daripada Muar dan Batu Pahat, telah tersebar ke bahagian lain negara ini, sementara restoran khusus dan gerai makanan orang India Muslim turut menghidangkan hidangan ini dengan cara mereka yang tersendiri. Di sini versi ayam, kambing atau ikan diiringi dengan 'achar' (jeruk yang menggabungkan timun, bawang merah, cili merah dan nanas) berserta telur rebus. Sesetengah pengusaha tempatan telah mula 'pemfrancaisan' makanan popular ini di pusat bandar di Lembah Klang.