Homestay

Pengalaman menginap homestay dalam suasana kampung tradisional atau “kampung” mungkin merupakan cara yang paling berkesan bagi para pelancong asing untuk menikmati suasana sebenar kehidupan masyarakat kampung dan dapat mengenali Malaysia dengan lebih dekat.

Anda akan dapati segala-galanya di kampung sangat tenang dari hiruk pikuk kota,, maka jika anda memilih untuk menginap di homestay adalah pilihan yang terbaik. Tetamu Homestay bukan sahaja akan jatuh cinta dengan gaya hidup dan kebudayaan penduduk tempatan; malah mereka juga akan cepat mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang mesra dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pelancong, di mana penduduk tempatan akan melayan mereka seperti keluarga sendiri.

Para pengunjung akan benar-benar melalui pengalaman hidup di kampung sepenuhnya. Bermula dengan belajar memasak masakan kampung, di mana kepelbagaian dan kemewahan dalam menyediakan hidangan dengan teliti kadangkala boleh mengelirukan kebanyakan orang! Belajar bagaimana untuk menyediakan makanan, yang mungkin termasuk sayur-sayuran segar dikutip dari belakang rumah, dicuci dan kemudian mula memasak.

Jika anda memang memilih untuk menginap di homestay sudah pasti anda berpeluang untuk mengutip hasil buah-buahan mengikut musim atau cuba uji kebolehan anda untuk memetik buah kelapa dengan menggunakan galah diperbuat daripada buluh, yang pokoknya setinggi 30 hingga 40 kaki di atas tanah. Menghabiskan masa bermain dengan kanak-kanak setelah mereka pulang dari sekolah dan menikmati permainan tradisional yang masih popular, seperti layang-layang, gasing, dan congkak. Atau memilih untuk menjelajahi kawasan persekitaran anda: iaitu cuba menangkap ikan dengan tangan sendiri di tepi sungai atau mungkin anda suka meluangkan masa dengan berada di tempat perladangan. Pada waktu petang pula, para pengunjung boleh nikmati tarian kebudayaan, persembahan muzik dan juga perkahwinan secara olok-olok, di mana anda digalakkan untuk terlibat sama.

Alamilah pengalaman keunikan tradisi Melayu yang terpelihara sepanjang zaman. Dan apabila anda pulang ke rumah, bawa bersama pengalaman budaya yang sukar dilupakan, dan begitu juga dengan ikatan persahabatan serta layanan mesra penduduk kampung yang pastinya akan gembira untuk menyambut anda jika anda kembali ke Malaysia lagi suatu masa nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program homestay, sila layari laman web www.go2homesta y.com.

Tips Penting

  • Lalui pengalaman tinggal di homestay dengan hati dan fikiran yang terbuka. Pengalaman berkaitan budaya masyarakat Malaysia pasti terlalu berbeza dengan apa yang pernah anda lalui sebelum ini.

  • Budaya rakyat Malaysia akan menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah mereka. Secara sopannya, anda juga perlu melakukan perkara yang sama apabila berada di sini.

  • Walaupun tuan rumah makan dengan tangan, jika merasa kekok untuk cuba makan seperti mereka, anda masih boleh menggunakan kutleri – anda cuma perlu meminta tuan rumah menyediakan garpu dan sudu (pisau biasanya hanya digunakan di restoran-restoran Barat).

  • Di Malaysia, lelaki dan wanita yang tidak mempunyai pertalian tidak boleh berpeluk atau bercium antara satu sama lain.

  • Perkampungan di Malaysia ada menyediakan kemudahan asas. Bekalan elektrik dan air saluran paip boleh didapati di seluruh Malaysia.

  • Perkampungan inap desa dihubungkan dengan bandar-bandar besar melalui lebuh raya moden dan pengangkutan awam.

  • Kampung, atau desa yang terlibat dalam program homestay sangat komited untuk memastikan anda dapat menikmati pengalaman gaya hidup di kampung secara langsung dan penduduk kampung gembira menyambut pelbagai tetamu asing dari seluruh dunia. Kampung-kampung ini telah dipilih dengan teliti dan mematuhi garis panduan ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.