Jejak Warisan

Cara terbaik untuk mengenali budaya setempat ialah dengan berkunjung ke tempat warisan tinggalan sejarah di Malaysia. Bergantung kepada kawasan mana yang hendak di terokai, terdapat lawatan bersama agensi pelancongan atau anda boleh menjelajah sendiri bersama rakan- rakan dan ahli keluarga.

Berjalan di Warisan Tinggalan di Ipoh membawa anda ke kawasan sejarah di bandaraya itu. Bandaraya yang keempat terbesar di negara ini merupakan bekas kawasan lombong bijih timah yang menarik ramai pendatang Cina ke sini pada awal kurun ke -20an. Tempat-tempat menarik dalam jelajah ini termasuklah Stesen Keretapi (1917), Bangunan Pejabat Pos dan Dewan Bandaran dibina selepas Perang Dunia 1 dan Memorial Birch (1909).

Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Melaka bandaraya bersejarah amat sesuai diteroka dengan berjalan kaki. Jejak Warisan Tinggalan Belanda meliputi tarikan semasa zaman kolonial Belanda. Sementara Jejak Warisan Melaka meliputi kebanyakan tempat bersejarah termasuklah Gereja Christ (1753), Stadthuys (1650), Patung St. Francis Xavier, Perigi Hang Li Poh dan Istana Kesultanan Melaka.

Di Kuala Lumpur, terdapat banyak kawasan untuk dilawati seperti Dataran Merdeka, Chinatown, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Brickfields. Panduan boleh didapati di laman web atau maklumat lanjut di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Tips Penting

  • Berkunjunglah ke MaTiC untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang tarikan pelancongan bersejarah yang terdapat di sini.
  • Kerana cuaca di Malaysia adalah panas dan lembap, adalah dinasihatkan untuk mulakan perjalanan di awal pagi di mana suhu agak sejuk. Cahaya matahari pagi juga memberikan cahaya yang lebih sesuai untuk gambar-gambar anda!
  • Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk berjalan kaki menjelajah bandaraya.
  • Ada stesen bukit di Malaysia yang berkaitan dengan pendudukan Jepun, jadi pastikan anda mengunjungi juga Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron.