<

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah dilindungi oleh ketenangan hutan subur menghijau, dikelilingi oleh bukit-bukau dan anak sungai yang jernih. Dengan keluasan 6.5 hektar, anda boleh menikmati pemandangan indah ladang kelapa sawit dan dusun durian, sambil bersantai di kawasan ini.

Konsep unik yang direka khas bagi air mengalir dari mata air panas ke Kolam Renang dan Taman terapi di kaki Banjaran Titiwangsa berketinggian 200 kaki di atas paras laut sememangnya kejuruteraan yang kreatif untuk menarik pengunjung yang menghargai keajaiban semulajadi. Keluarga yang melawat taman itu boleh mencuba tempat mandi yang tersedia di sini bersama- sama keluarga. Satu lagi aktiviti terkenal yang harus dicuba ialah pengalaman merebus telur dalam air panas.

Bagi pengunjung yang berminat untuk merasai pengalaman urutan Melayu tempatan, pihak taman menawarkan pakej terbaik urutan tradisional yang boleh dimanfaatkan.

Untuk mengikuti aktiviti yang lebih mencabar, para pelawat boleh mengikuti cabaran menelusuri Sungai Sungkai atau berlari di trek sekitar taman rekreasi ini sambil menikmati alam semulajadi.
Papar Peta