<

Pulau Langkawi

Di luar pantai Kedah terdapat gugusan 99 buah pulau yang ada pelbagai tarikan menarik: pantai yang cantik, kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia, kawasan paya bakau yang kaya dengan flora dan fauna, pengalaman membeli-belah bebas cukai yang sangat murah dan legenda yang menarik.

Langkawi mempunyai kisah legenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Tanya sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.

Hari ini, generasi ketujuh penduduk Langkawai telah lama berlalu pergi, tetapi masyarakat di sini masih mempercayai bahawa kekayaan dan kesejahteraan yang dinikmati pulau itu kini dan sumpahan yang dikenakan bukanlah satu kebetulan. Mistisisme legenda ini boleh dirasai di banyak tempat di pulau ini, terutamanya di Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum), tempat di mana Mahsuri disemadikan.

Walaupun kelihatan seperti cenderung kepada pelancongan, kebanyakan penduduk pulau ini bekerja sebagai petani, nelayan dan usahawan. Nikmati keindahan kawasan desa dan sawah padi yang menenangkan dengan menyewa kereta dan bersiar-siar di sekitar pulau. Beberapa pemandangan suasana desa yang terbaik terdapat di sepanjang jalan mengelilingi pulau.

Anda akan dapat melihat kampung-kampung kecil dengan rumah kayu yang dikelilingi oleh pokok palma, dan kanak-kanak sibuk mengayuh basikal bersiar-siar di desa. Selain daripada menikmati cara hidup masyarakat tempat, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi. Rasai pengalaman menaiki kereta kebal yang mendebarkan ke puncak Gunung Mat Cincang - gunung kedua tertinggi di Langkawi - untuk menikmati pemandangan keseluruhan pulau yang mengasyikkan.

Destinasi terkenal yang lain adalah Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh (The Seven Wells) dan Pantai Pasir Hitam. Lawatan bot disediakan ke Tasik Dayang Bunting (Lake of the Pregnant Maiden), Gua Cerita (Cave of Stories) dan Gua Langsir (Curtain Cave).

Untuk menghabiskan masa dengan alam semulajadi, anda boleh menjelajah merentasi hutan hujan dara yang meliputi hampir seluruh Langkawi, atau menaiki bot melalui kawasan paya bakau. Anda juga boleh pergi menyelam, atau bermain golf di beberapa resort 5 bintang. Langkawi juga mempunyai satu dunia bawah air, dengan terowong bawah tanah yang merentasi sebuah akuarium gergasi, yang menjadi bualan ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Langkawi di www.langkawigeopark.com.my
Papar Peta