<

Kampung Air

Perjalanan ke Labuan tidak akan lengkap jika tidak melawat Kampung Air. Terdapat dua kampung air yang utama di Labuan - Kampung Bebuloh dan Kampung Patau-Patau yang kebanyakannya didiami oleh orang Melayu Brunei.
Rumah-rumah di sini, didirikan betul-betul di tepi laut, dibina menggunakan kayu dan bertiang tinggi, disambungkan bersama-sama dengan jaringan laluan kayu yang berselirat.
Para pelawat bebas berkeliaran di sekitar kampung-kampung air dan memerhati gaya hidup masyarakat sederhana yang kebanyakannya adalah nelayan.
Hampir setiap pemilik rumah di sini mempunyai bot sendiri. Kawasan rumahnya agak luas dan semuanya mempunyai beranda yang dihias indah.
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta