<

Menara KL

Berdiri megah di atas Bukit Nanas dengan ketinggian 421 meter dan 94 meter di atas paras laut, Menara KL adalah ciri utama bagi bangunan pencakar langit di bandar ini dan mungkin imej yang paling diingati oleh pengunjung ke KL.

Seni binanya memaparkan budaya kesenian Islam, dengan pembinaan tulisan Arab yang terperinci, marmar Islam, gabungan motif bunga dan abstrak Islam dan warna yang menenangkan.

Selain pemandangan yang menarik, Menara KL mempunyai sesuatu untuk mereka yang sukakan alam semulajadi. Kehijauan yang mengelilingi Menara KL adalah Hutan Bukit Nanas - hutan simpan paling tua diwartakan di negara ini.

Ia meliputi kawasan seluas 10.05 hektar dan dianggap paru-paru hijau Kuala Lumpur. Ia mempunyai pelbagai flora dan fauna yang menarik, unik kepada iklam tropika negara ini.
Papar Peta