<

Pulau Redang , Terengganu

Pulau Redang, terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, merupakan pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam untuk keseronokan anda. Terlindung diantara Taman Marin Pulau Redang, air di sini kaya dengan hidupan marin. Pada waktu tengahari apabila cahaya matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik, buran dan ikan dapat dilihat.

Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam bersejarah: H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse, yang karam di sini sewaktu permulaan Perang Dunia II, di mana berlakunya pendudukan Jepun di Malaya. Pulau syurga ini sempurna untuk aktiviti snorkel, berenang, menyelam skuba, memasuki hutan, menaiki bot dan berkayak. Memancing tidak dibenarkan di dalam jarak 3.2km dari pulau kerana Pulau Redang diwartakan sebagai taman marin. Mengumpul terumbu karang dan hidupan akuatik lain adalah dilarang sama sekali. Berjaya Resort menawarkan padang golf dengan panorama yang indah.
Papar Peta